Kucing jadi punca perceraian warga emas
SINGAPURA - Seorang pesara di Singapura tekad menceraikan isteri yang dikahwininya sejak 45 tahun lalu kerana tidak tahan dengan sikap wanita terbabit yang suka memelihara kucing.
Lebih malang lagi, salah seekor daripada kucing peliharaan isterinya kencing di muka suami malang itu ketika dia sedang tidur.
Seorang hakim daerah memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Meskipun si isteri membantah, namun lelaki berusia 70 tahun dan identiti dirahsiakan itu tetap mahu berpisah.
"Kucing-kucing ini cukup mengganggu dan dibiarkan bebas berkeliaran di dalam rumah.
"Ia juga tidak terlatih dan berak serta kencing merata-rata.
"Bau najis menyebabkan jiran-jiran kurang selesa," kata Hakim Sheik Mustafa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!