'Nak selamatkan salah, tak selamatkan pun salah'

Tangkap layar sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna laman media sosial Twitter mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Tangkap layar sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna laman media sosial Twitter mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
A
A
A

PATTAYA - Tindakan mulia seorang lelaki yang mahu menyelamatkan seekor rusa daripada ditelan ular sawa mengundang kecaman netizen, semalam.

Sebuah video yang menunjukkan lelaki itu berusaha membantu seekor rusa melepaskan diri daripada belitan seekor ular sawa di sebuah zoo terbuka di Khao Kheow, daerah Sri Racha menjadi tular di Twitter dan mendapat kritikan daripada penonton yang beranggapan lelaki terbabit mengganggu kejadian semula jadi haiwan berkenaan.

"Wajar bagi haiwan untuk memakan haiwan lain dan manusia tidak boleh masuk campur," kata @JKitirat.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan lelaki itu adalah langkah yang betul untuk menyelamatkan nyawa rusa tersebut.

"Sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini, kita perlu bantu. Jangan lihat dari sudut ia kehidupan normal haiwan liar, sebaliknya lihat dari segi membantu seekor haiwan yang bakal kehilangan nyawa," kata @TarotYouuuu.

Sehingga jam 10 malam tadi, video tersebut telah ditonton 908.9 ribu tontonan dan lebih 61.2 ribu ulang kongsi dari netizen. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!