Pemandu mabuk: Jangan tangguh lagi hukuman berat

Laporan Sinar Harian hari ini berhubung kemalangan maut membabitkan penghantar makanan dan pemandu kereta disyaki mabuk. Gambar kanan: Mustafar Rahadi
Laporan Sinar Harian hari ini berhubung kemalangan maut membabitkan penghantar makanan dan pemandu kereta disyaki mabuk. Gambar kanan: Mustafar Rahadi
A
A
A

IPOH - Persatuan Pengguna Pengangkutan Jalan Perak mendesak agar pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) tidak ditangguhkan dan disegerakan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengerusinya, Mustafar Rahadi berkata, biarpun pindaan tersebut sepatutnya sudah dilakukan sebelum ini namun usaha yang sedang dilakukan perlu disokong 100 peratus.

Menurutnya, hukuman lebih berat itu pastinya perlu memberikan pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan sehingga meragut nyawa orang lain.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan memikirkan pindaan ini kerana kes-kes yang meragut nyawa disebabkan pemandu mabuk ini semakin tidak terkawal dan terus berulang tanpa menginsafkan sesiapa.

"Selain hukuman berat kepada si pelaku, pembelaan terhadap mangsa juga perlu diberikan perhatian menerusi peruntukan undang-undang agar kebajikan mereka dan keluarga turut terpelihara," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan Kementerian Pengangkutan meminda akta sedia ada agar hukuman lebih berat dikenakan ke atas individu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk: PM

Sementara itu, Mustafar berharap pembentangan rang undang-undang di Parlimen nanti akan mendapat sokongan sepenuhnya oleh ahli-ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, rakyat mahu melihat semua pihak bersatu hati dalam membendung kes kematian mahupun kecederaan akibat pemandu mabuk.

"Kita rakyat Malaysia dah tak tahan nak tengok orang mati dilanggar pemandu mabuk ini. Ada anak hilang bapa, ada suami hilang isteri, ada ibu hilang anak disebabkan kejadian kemalangan maut itu.

"Cukup-cukuplah. Buat pemandu yang berkaitan, anda tak akan menjalani hukuman yang lebih ringan lagi selepas ini atas tindakan tidak bertanggungjawab anda itu," katanya.

Hari ini Sinar Harian melaporkan, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan akan mengambil langkah segera bagi memastikan cadangan pindaan Akta 333 yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 433) berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian tetapi turut membabitkan mereka yang memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama walaupun tidak terbabit dalam apa-apa kemalangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!