Buruh, pendawai didakwa cederakan remaja

Lok Heng dan Ching Sean mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas kesalahan mencederakan seorang remaja di pekan Kelapa Sawiit, Kulai pertengahan bulan lalu.
Lok Heng dan Ching Sean mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas kesalahan mencederakan seorang remaja di pekan Kelapa Sawiit, Kulai pertengahan bulan lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang buruh kontrak dan seorang pendawai dihadapkan ke di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang remaja lelaki di pekan Kelapa Sawit Kulai bulan lalu.

Lee Lok Heng, 19, dan Saw Ching Sean, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-duanya bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas remaja lelaki berumur 17 tahun itu dengan menggunakan parang panjang setiap seorang dan boleh menyebabkan kematian.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Kulai didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah restoran di Jalan Kelapa Sawit 2, Pekan Kelapa Sawit, Kulai, pada jam 11.50 malam, 13 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon mahkamah mengenakan wang jaminan RM25,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Goh Sze Han dan Yap Che Kai merayu jaminan dikurangkan dengan alasan mereka kini menganggur sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kamarudin kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga memerintahkan Lok Heng melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai manakala Ching Sean di Balai Polis Ayer Bemban, Kulai sekali setiap bulan.

Kamarudin turut menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!