Dua anggota polis cedera kemalangan

Salah seorang anggota polis yang cedera akibat kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini pagi tadi.
Salah seorang anggota polis yang cedera akibat kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini pagi tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Dua anggota polis mengalami cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, kedua-dua mangsa, Jasali Kilih, 38, dan Malvinder Sigh, 37, dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, setelah menjalankan tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban.

Malvinder Sigh yang merupakan penumpang pacuan empat roda itu berkata, kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta telah memotong kenderaan dinaikinya secara tiba-tiba menyebabkan pemandu brek mengejut dan kenderaan terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbalik.

Katanya, ketika kejadian, permukaan jalan adalah basah dan licin akibat hujan.

Pasukan bomba membantu menyelamatkan mangsa terlibat kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini pagi tadi.
Pasukan bomba membantu menyelamatkan mangsa terlibat kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini pagi tadi.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Syazwan Saidy berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi.

Menurutnya, sebanyak tiga buah motosikal Rapid (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Pasukan Bomba Sukarela Mambau ke lokasi kejadian dan sampai lima minit kemudian.

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi, kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala, dada, badan dan tangan kemudian dihantar ke Hospital Tuankua Ja’afar untuk rawatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!