Covid-19: Peningkatan kes warga asing cabaran baharu
PUTRAJAYA - Peningkatan kes koronavirus (Covid-19) membabitkan warga asing merupakan cabaran baharu yang perlu ditangani bersama.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warga asing tidak harus disisih malahan rakyat diseru membantu mereka bagi mengurangkan penularan Covid-19 di negara ini.
"Saban tahun, pergaulan dan percampuran rakyat Malaysia dengan golongan warga asing sememangnya terhad namun kehadiran mereka telah turut membantu dalam memperkasa ekonomi di negara kita.
"Sewajarnya, kita perlu mengenal pasti dan mencari cara penyelesaian bagi menangani isu penularan Covid-19 di kalangan mereka ini," katanya.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!