Demonstrasi tanda solidariti merebak ke Jerman, NZ dan UK

Kumpulan penunjuk perasaan di New Zealand berhimpun di luar Parlimen di Wellington hari ini. - Foto AFP
Kumpulan penunjuk perasaan di New Zealand berhimpun di luar Parlimen di Wellington hari ini. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - Protes membantah kematian penduduk kulit hitam, George Floyd telah merebak ke New Zealand hari ini yang menyaksikan ribuan berarak sebagai tanda solidariti.

Demonstrasi itu bagaimanapun diadakan secara aman berbanding tunjuk perasaan ganas yang melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Di Auckland, kira-kira 2,000 peserta protes dilaporkan berarak ke Konsulat AS sambil melaungkan slogan ‘tiada keadilan tiada keamanan’ dan ‘black lives matter (nyawa orang kulit hitam penting).

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan di AS, perintah berkurung dikuat kuasa di Washington

Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Isteri pembunuh George Floyd fail perceraian

Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Bantah kematian George Floyd, darurat diisytihar di Minnesota

Ahli muzik kelahiran Nigeria, Mazbou Q yang menganjurkan protes itu menyatakan perhimpunan itu bukan semata-mata kerana membantah kematian George Floyd.

Artikel Berkaitan:

“Penindasan ke atas komuniti kulit hitam adalah fenomena yang berterusan. Pembunuhan penduduk kulit hitam di tangan pelampau kulit putih juga berlaku di New Zealand,” katanya kepada kumpulan demonstrasi tersebut.

Di United Kingdom, ribuan peserta protes berarak menuju ke Kedutaan AS di Battersea, London sambil melaungkan slogan 'I can’t breathe' (saya tidak boleh bernafas) yang merupakan kata-kata terakhir Floyd sebelum mangsa tidak sedarkan diri akibat tindakan anggota polis, Derek Chauvin melutut di belakang lehernya pada 25 Mei lalu.

Di Jerman, penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan AS di Berlin sejak Sabtu lalu sambil memegang plakad tertera slogan 'saya tidak boleh bernafas' dan 'tiada keadilan, tiada keamanan'.

Di Australia, beberapa demonstrasi turut dirancang pada minggu ini termasuk di Sydney, Brisbane dan Melbourne. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!