DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta.
Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.
“Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta.
“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengeluaran lesen baharu penjualan arak wajar dibekukan.
Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan sehingga suatu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak di bekukan," katanya menerusi Twitter.
ARTIKEL BERKAITAN: Lesen baharu jual arak wajar dibeku
Katanya, lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu diperketatkan.
Semalam, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki dipandu oleh pemandu mabuk.
Berdasarkan maklumat awal, ketika kejadian pada jam 1.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk
Pemandu mabuk: KPKT timbang cadangan beku lesen jual arak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!