Warga Belarus tak mengaku salah rentas negeri, hina polis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang warga Belarus mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas dua pertuduhan merentas negeri tanpa kebenaran dan bersikap kurang sopan, Ahad lalu.

Tertuduh, Danilov Illia, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Huzaifah Abdul Talib.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sekatan jalan raya Sepang-Port Dickson jam 2 petang pada 30 Mei lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Warga Belarus buat hal

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana merentas negeri tanpa kebenaran dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata tidak sopan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda RM1,000, penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta denda tidak melebihi RM100.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes pada 12 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang warga Belarus dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang, Selangor menuju ke Port Dickson sebelum ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dalam satu sekatan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!