Kerajaan benar baki lebih 6,000 Taska kembali beroperasi
PUTRAJAYA - Berita baik buat ibu bapa yang bekerja semula. Kerajaan kini membenarkan baki lebih 6,000 Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) beroperasi kembali.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Taska yang ingin beroperasi boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Sebelum ini, pada peringkat awal, hanya 304 Taska dibenarkan beroperasi.
Bercakap pada sidang media harian mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini, beliau berkata Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan pra-sekolah di bawah kelolaan pelbagai kementerian lain pula dicadangkan dibuka Julai ini dan Kementerian Pendidikan akan menjadi penyelaras penyediaan SOP bagi tujuan tersebut. - Bernama
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!