Selangor beri insentif penjagaan anak kepada frontliners

Petugas KKM membuat persediaan sebelum saringan Covid-19. Gambar hiasan - Foto Bernama
Petugas KKM membuat persediaan sebelum saringan Covid-19. Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor memperkenalkan Insentif Penjagaan Anak-Anak Frontliners Covid-19 bagi membantu mengurangkan beban pasukan barisan hadapan dalam penjagaan anak- anak mereka semasa bertugas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semasa ancaman wabak Covid-19 memuncak pada Mac dan April lepas, ramai frontliner yang berkorban memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil pilihan meninggalkan anak atau menghantar anak-anak kepada pengasuh.

"Menyedari keadaan ini, Insentif Penjagaan Anak-Anak Frontliners Covid-19 diperkenalkan untuk membantu mengurangkan beban frontliners dalam penjagaan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan bagi menggalas tanggungjawab terhadap negeri dan negara.

"Kadar bantuan RM150 diberikan untuk seorang anak bagi tempoh dua bulan (Mac dan April 2020)," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, selain itu bantuan menerusi Program Back To School turut diberikan kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan di negeri ini.

"Tidak lupa juga Program Back To School di mana ibu bapa dibantu oleh kerajaan negeri untuk mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!