Sufian tegur peminat yang suka ambil gambar 'curi-curi'
PELANTUN lagu 'Di Matamu' Sufian Suhaimi menegur sikap segelintir peminat yang lebih gemar mengambil gambarnya secara sembunyi, sedangkan mereka boleh terus menegurnya secara berdepan.
Sufian juga menyifatkan perbuatan itu sebagai 'kurang ajar' dan agak menjengkelkan terutamanya apabila dia sedang menghabiskan masa bersama keluarga.
"Tolonglah, jangan ambil gambar senyap-senyap kalau dah ada depan-depan.
"Saya rasa itu kasar (rude) dan menjengkelkan (annoying). Lagi-lagi bila saya bersama keluarga," tulisnya di Insta Story di Instagram (IG) miliknya.
Kata Sufian, pastinya dia tidak akan menolak hasrat peminat untuk bergambar dengannya jika seseorang itu membuat permintaan dengan cara yang baik.
Sufian turut menasihatkan para peminat agar menegurnya terlebih dahulu berbanding merakamkan gambarnya secara curi-curi.
"Tegurlah. Minta baik-baik. Saya suka je (sahaja)," katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!