DBKL terus kawal kawasan tembok Pasar Borong KL

DBKL mengadakan pemantauan di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan pemilik, pembantu serta pengunjung mematuhi langkah keselamatan, penjarakkan sosial dan kebersihan.
DBKL mengadakan pemantauan di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan pemilik, pembantu serta pengunjung mematuhi langkah keselamatan, penjarakkan sosial dan kebersihan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan kawalan di sekeliling kawasan tembok Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan tiada warga asing menggunakan tembok sebagai laluan masuk ke pasar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham Ahmad Dahlan berkata, rondaan dan pemantauan juga dijalankan bagi memastikan harta benda di sekitar lokasi berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Menurutnya, pihaknya menjalankan rondaan dan pemantauan di pasar berkenaan bagi memastikan pemilik, pembantu serta pengunjung mematuhi langkah keselamatan, penjarakkan sosial dan kebersihan.

“Kawalan kenderaan yang masuk dan saringan suhu juga dilaksanakan di pintu masuk Pasar Borong KL oleh Team Bantuan Covid-19.

“Menerusi pemantauan dijalankan dari jam 7 pagi hingga 4.15 petang tadi, sebanyak 13 kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil UUK 23(1)(b) terhadap kesalahan halangan kenderaan di Pasar Borong Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!