Tanah runtuh di Taman Silibin Indah ragut satu nyawa

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan.
A
A
A

IPOH - Kesan runtuhan tanah di kawasan perumahan Taman Silibin Indah di sini telah mengakibatkan seorang pekerja kontrak maut akibat dihempap sisa runtuhan dinding konkrit rumah petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Junaidi Razak, 40, yang merupakan warga Indonesia sedang menjalankan kerja pembersihan kesan runtuhan di sebuah rumah pada jam 5.20 petang.

Kejadian itu disedari pemilik rumah, S Moses James, 58, selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari bahagian belakang rumahnya.

"Saya dengar bunyi sangat kuat dan segera berlari ke arah dapur, tengok-tengok sebelah dinding konkrit rumah sudah runtuh dan nampak ada orang di bawah runtuhan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan negeri sedia peruntukan khas baiki struktur tanah

Jangan pilih kasih isu hakisan tanah

Lapan rumah di Taman Silibin Indah diancam hakisan tanah

"Saya minta bantuan jiran-jiran untuk mengangkat dinding bagi membantu keluarkan mangsa kerana ketika itu dia masih bernyawa tetapi tidak berjaya," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan sebahagian kepala dan bahagian atas badan dihempap sisa runtuhan dinding rumah.

Menurutnya, kerja pembersihan di kawasan berkenaan diarah henti serta-merta dan penduduk disyorkan mendapatkan pandangan pihak berkuasa negeri terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!