Kedai kuih bahulu terbakar

Kedai kuih tradisional bahulu terbakar dalam kejadian di Pasar Tani Kekal Guar Chempedak.
Kedai kuih tradisional bahulu terbakar dalam kejadian di Pasar Tani Kekal Guar Chempedak.
A
A
A

YAN - Sebuah kedai menjual kuih tradisional bahulu di Pasar Tani Kekal Guar Chempedak terbakar dalam kejadian kira-kira 2.40 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nor Iman Mustaffa berkata, kebakaran membabitkan 85 peratus daripada keseluruhan kedai.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.46 petang dan bergegas ke lokasi sejurus kemudian.

Kebakaran membabitkan 85 peratus dari keseluruhan kedai.
Kebakaran membabitkan 85 peratus dari keseluruhan kedai.

"Anggota memadam kebakaran dengan satu aliran dan dua pancutan dari jentera dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang termasuk pegawai.

"Operasi memadam kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dari Kota Sarang Semut dan Sungai Limau Dalam, Yan," katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan direkodkan dalam kejadian yang berlaku.

"Operasi tamat pada jam 3.34 petang. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!