Hanya Messi mampu tandingi kehebatan Ronaldo

RONALDO
RONALDO
A
A
A

PENGENDALI Celta Vigo, Oscar Garcia menyifatkan kehebatan legenda Brazil, Ronaldo Nazario hanya mampu dicabar oleh bintang Barcelona, Lionel Messi.

Menurutnya, Messi mempunyai skil dan teknik yang setanding dengan Ronaldo dan menjadi satu-satunya pemain terbaik dunia ketika ini.

"Selepas Ronaldo bersara, tiada lagi pemain yang mampu menandinginya sehinggalah Messi muncul menunjukkan fenomenanya.

"Kedua-duanya mempunyai kepakaran mengawal bola, mengelecek dan pakej lengkap yang tidak ada pada pemain lain.

"Messi bahkan sangat lincah dan saya percaya kedua-dua mereka setanding dan sememangnya layak diangkat sebagai pemain terbaik dunia," katanya.

Dalam pada itu, Garcia yang pernah bermain bersama Ronaldo ketika menyarung jersi Barcelona pada 1996 mengakui pemain Brazil itu berada pada tahap yang berbeza mencipta impak buat The Catalan.

"Saya sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri golnya yang bertaraf dunia. Gerakannya yang pantas dan amat sukar buat pemain pertahanan lawan mengekangnya.

"Pada sesi latihan pertama kami dah nampak Ronaldo merupakan pemain yang berbeza dan mampu mencorakkan pasukan. Anda sudah boleh tahu dia akan menjadi bintang dunia.

Artikel Berkaitan:

"Dia berjaya melakukannya dan apa yang lebih penting adalah sikapnya yang peramah, semangat dan berkeyakinan tinggi. Saya pernah bermain dengan ramai pemain berkelas dunia dan dia berada dalam kelompok tiga terbaik," katanya.

Ronaldo mencipta sensasi di Barcelona apabila menjaringkan 47 gol pada musim 1996-97 sebelum berpindah ke beberapa kelab besar seperti Inter Milan dan Real Madrid yang menyaksikan dia berjaya menjaringkan 247 gol dalam keseluruhan 343 penampilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!