Pengawal keselamatan ditahan bantu siasat kes curi motosikal

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK – Seorang pengawal keselamatan warga Nepal ditahan bagi membantu siasatan kes curi motosikal di Sentul, Kuala Lumpur pada dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Selayang telah menahan suspek berusia 27 tahun ketika membuat pemantauan di Taman Aman Siara, Batu Caves semalam.

“Lelaki itu menunggang sebuah motosikal jenis SYM Sport Bonus warna merah dalam keadaan mencurigakan.

"Kita mendapati motosikal itu tiada nombor pendaftaran, semakan lanjut ia dilaporkan hilang di Jinjang, Sentul pada 2018,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Arifai berkata, suspek telah dibawa ke Balai Polis Selayang untuk tindakan lanjut.

“Kita turut merampas motosikal itu, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!