BGRC rai 118 murid kurang berkemampuan

Sebahagian 118 murid bergambar sebelum mengikuti lawatan ke Safari Park.
Sebahagian 118 murid bergambar sebelum mengikuti lawatan ke Safari Park.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 118 murid dari sekolah rendah dan pusat tahfiz sekitar Gambang diraikan pada program Kempen Kekal Sihat dan Aktif Bersama Bukit Gambang Resort City (BGRC), Gambang di sini, hari ini.

Program dengan kerjasama syarikat pengeluar susu, Fernleaf itu turut disertai ibu bapa dan wakil sekolah sebagai pengiring.

Selain berpeluang menyaksikan haiwan dengan lebih dekat di Safari Park, peserta turut menerima sumbangan susu yang disediakan Fernleaf.

Eksekutif Penolong Pengurus BGRC, Ong Yuh Jeh berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah yang pertama untuk tahun ini.

“Kali ini kita meraikan murid dari keluarga kurang berkemampuan dari sekolah sekitar Gambang bersama keluarga.

“Pada program ini Fernleaf menyediakan 1,008 pek susu coklat untuk disumbangkan kepada peserta dan kami di BGRC membawa peserta mendekati haiwan yang ada di Safari Park,” katanya.

Yuh Jeh berkata, untuk 2019, pihaknya menyasarkan sekurang-kurang dua program CSR setiap tiga bulan dan mengalu-alukan sekiranya ada pihak berhasrat untuk bekerjasama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!