Mandat rakyat perlu dikembalikan: PH Johor

Kenyataan akhbar PH Johor
Kenyataan akhbar PH Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor konsisten dengan pendirian bahawa mandat rakyat yang diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 mesti dikembalikan mengikut perundangan.

PH Johor dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menyatakan bahawa proses atau cara itu termaktub dalam perlembagaan.

"PH Johor menegaskan komitmen serta keyakinan penuh terhadap amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri dan negara kita.

"PH Johor akan sentiasa berpegang teguh prinsip ini dalam apa juga keadaan termasuk dalam mendepani situasi politik semasa yang sedang kita lalui ini," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Sultan Johor sedia bubar DUN Johor

Sultan Johor hari ini bertitah kepada Royal Press Office (RPO) yang disiarkan melalui Facebook rasminya, baginda sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil rakyat di negeri ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini kerana ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri.

Pada sidang DUN ke-14 pada 14 Mei lalu, PH Johor menangguhkan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad kerana berpendapat masanya tidak sesuai untuk berbuat demikian dalam keadaan negara berdepan koronavirus (Covid-19).

Sinar Harian difahamkan sekiranya usul itu diterima akan mendorong kepada pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Menerusi kenyataan itu lagi, PH Johor mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Ibrahim seperti yang disiarkan melalui Facebook baginda hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!