SPRM tahan seorang pemimpin Armada

SPRM
SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan perkara itu dan beliau menolak tangkapan itu bermotifkan politik.

“Hasil siasatan kita mendapati, berlaku penyelewengan dalam akaun Armada dan tangkapan dilakukan untuk siasatan selanjutnya. Lelaki berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya mengikut Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah dan direman lima hari bermula hari ini.

"Saya menggesa masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan tangkapan ini. Tiada motif politik tetapi ia bertujuan untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang sedang kita laksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM sebelum ini telah membuka kertas siasatan terhadap Syed Saddiq susulan kehilangan wang dari kediaman milik bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya pada 29 Mac lalu.

Syed Saddiq juga sudah dipanggil memberi keterangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan.

Dalam kenyataan Syed Saddiq sebelum ini mendakwa, wang yang dicuri dari rumahnya itu adalah milik peribadi iaitu RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!