Anwar sindir siapa?

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir sesetengah individu yang masih sibuk mahu melaksanakan undang-undang Islam namun tidak peduli soal pemimpin Muslim yang mencuri duit berbilion ringgit.

Menurutnya, bangsa ini masih mengikut pemimpin secara membuta tuli seperti dulu.

“Za’ba pada awal abad 20, beliau kritik bangsanya sendiri kerana mengikut pemimpin membuta tuli. Ini tidak berubah sedekad kemudian. Za’ba menyuarakan kepentingan bercakap benar walaupun tak selesa.

“Hari ini masih ada individu yang memilih untuk fokus kepada isu pelaksanaan undang-undang Islam tapi abaikan soal duit berbilion ringgit yang dicuri oleh sesetengah pemimpin Muslim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan sempat menyampaikan ucapan untuk ‘Syarahan Za’ba di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Artikel Berkaitan:


Dalam kenyataan sama, beliau berikrar akan bekerja keras bagi menarik pelaburan ke Port Dickson bagi membantu rakyat di kawasan itu yang masih dilanda kemiskinan.

“Di kawasan saya banyak fasiliti moden dan resort pelancongan tapi tak jauh dari situ ada nelayan dan pekerja estet yang hidup miskin. Mereka bukan saja Melayu tapi Cina dan India.

“Saya akan berusaha menarik pelaburan yang bukan saja nampak hebat di kertas tapi akan tingkatkan kehidupan seharian mereka yang sekarang ini tertinggal dalam perkembangan ekonomi. Saya anti diskriminasi dan percaya keadilan untuk semua umat manusia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!