Operasi mengesan pemandu mabuk
Seorang anggota Polis membawa sebuah kenderaan yang dibawa oleh seorang pemandu yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ke Balai Polis pada sekatan jalan raya yang dilaksanakan bagi mengesan pemandu mabuk di Jalan Hang Tuah malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) memantau salah seorang anggotanya yang sedang melakukan ujian pengesanan alkohol dalam badan terhadap seorang pemandu menggunakan alat pengesan kandungan alkohol dalam sekatan jalan raya yang dilaksanakan bagi mengesan pemandu mabuk di Jalan Hang Tuah malam ini.
Anggota Polis melakukan ujian pengesanan alkohol dalam badan terhadap seorang pemandu menggunakan alat pengesan kandungan alkohol dalam sekatan jalan raya yang dilaksanakan bagi mengesan pemandu mabuk di Jalan Hang Tuah malam tadi.
Suasana di sekitar sekatan jalan raya yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam operasi bagi mengesan pemandu mabuk di Jalan Hang Tuah malam tadi.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!