SPRM tahan Inspektor, Sarjan polis

SPRM
SPRM
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan seorang anggota berpangkat Sarjan direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang peniaga kedai vape di sini.

Permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Farhana Abu Hassan di Lokap Sentral Bayan Baru bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan inspektor berusia 46 tahun dan sarjan berumur 53 tahun itu ditahan secara berasingan pada jam 7 dan 10 malam di Kepala Batas kelmarin.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mereka dipercayai meminta wang rasuah tersebut sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga tersebut yang telah membuka kedai tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!