Gajah mati makan nanas diisi mercun

Gajah betina malang itu mati dalam keadaan berdiri di dalam sebuah anak sungai di daerah Plakkad, selatan India. Foto: Agensi.
Gajah betina malang itu mati dalam keadaan berdiri di dalam sebuah anak sungai di daerah Plakkad, selatan India. Foto: Agensi.
A
A
A

THIRUVANANTHAPURAM - Seekor gajah betina mati selepas memakan buah nanas yang mengandungi mercun di sebuah ladang di selatan India baru-baru ini.

Kejadian di daerah Plakkad, Kerala yang tular sejak malam tadi itu mengundang kemarahan di media sosial selepas pegawai perhutanan, Mohan Krishnan, memuat naik gambar bangkai haiwan tersebut.

Katanya, haiwan malang itu mati selepas buah nanas yang dipercayai telah diisi dengan mercun meletup di dalam mulutnya.

Lebih menyayat hati, haiwan tersebut didapati sedang bunting dan bangkainya dijumpai dalam keadaan berdiri di dalam sebuah sungai.

Dalam pada itu, jurucakap renjer hutan, Sunil Kumar berkata, kejadian itu berlaku pada 23 Mei berhampiran sebuah ladang, di mana golongan petani sering menggunakan buah berisi paku dan mercun bagi menghalang haiwan liar merosakkan tanaman di situ.

"Kejadian ini sedang disiasat dan jika tertangkap pelaku tersebut berdepan tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan yang membawa hukuman denda atau penjara," katanya.

India mempunyai populasi gajah Asia terbesar di dunia tetapi mamalia tersebut dikelaskan sebagai spesies terancam.

Konflik manusia dan haiwan juga sering berlaku kerana gajah kerap tersasar ke kawasan penempatan bagi mencari makanan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, gajah yang bunting itu telah mengembara keluar dari Taman Negara Silent Valley untuk mencari makanan ketika kejadian itu berlaku. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!