Mohd Sany Hamzan

Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan
A
A
A
KUALA KANGSAR - Pemuda Parti Amanah diminta untuk berani menegur pucuk kepimpinan parti dan bukan bersikap acuh tidak acuh seperti pembangkang.

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata teguran itu perlu demi kebaikan serta kepentingan parti.

Beliau berkata, perselisihan pendapat dalam mesyuarat adalah perkara biasa selain teguran perlu berani disuarakan tanpa menunggu konvensyen.

"Teguran itu satu kebaikan, kalau kami tidak betul, tegurlah kami dan kita tidak mahu Pemuda Amanah jadi macam Umno dan Pas tidak berani tegur pemimpin," katanya dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Sany berkata, beberapa perubahan dalam biro Pemuda Amanah akan dikemas kini ke arah memantapkan biro berkenaan.
Artikel Berkaitan:


"Mana-mana biro yang perlu diubah akan kita kemas kini dan dibuat perubahan," katanya.

Sementara itu, Mohd Sany berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung cadangan menaikkan gaji maksimum bagi pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada RM1,000 kepada RM4,000 seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 lepas.

"Ini adalah desakan perwakilan yang mahukan perkara itu dikotakan Maszlee," katanya. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!