Pencuri barang kemas Kim Kardashian semakin hampir dibicarakan

Kim Kardashian
Kim Kardashian
A
A
A

PARIS - Seramai 12 orang lelaki yang dituduh dalam satu rompakan di Paris, Perancis sehingga menyebabkan beberapa barangan kemas bernilai berjuta-juta dolar milik bintang realiti televisyen popular, Kim Kardashian dilarikan, kini cuma tinggal satu lagi peringkat sebelum kes itu dibicarakan, kata seorang sumber kepada AFP.

Seorang sumber kehakiman berkata, para pendakwa akan membawa kes rompakan itu ke mahkamah melibatkan 12 orang tersebut yang kini telah dilepaskan tetapi masih berada dalam pengawasan undang-undang dengan dakwaan rompakan bersenjata dan melakukan jenayah.

Lima daripada 12 lelaki itu dituduh menyerbu sebuah kediaman mewah yang didiami Kardashian semasa Minggu Fesyen Paris pada 2016 dengan menahan selebriti itu dan mengacukan senjata api ke arahnya serta melarikan berlian termasuk beberapa barangan kemas bernilai sembilan juta euro (RM43.18 juta).

Majistret yang menghakimi kes itu kini akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan walaupun mana-mana perbicaraan tidak dijangkakan berlangsung sehingga 2021, kata satu sumber.

Kumpulan penjenayah itu yang memakai uniform polis menyerbu apartmen didiami Kardashian telah mengurung, mengikat dan melekat pita pada mulutnya di dalam bilik mandi sebelum melarikan barang-barang kemas termasuk cincin berlian Lorraine Schwartz bernilai empat juta euro (RM19.17 juta).

Salah seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah itu, Yunis Abbas melarikan diri dengan menggunakan basikal telah tercicir seutas barangan kemas berbentuk salib bernilai 30,000 euro (RM143,793) yang kemudian ditemui oleh seorang pejalan kaki beberapa jam selepas rompakan tersebut.

Ia merupakan satu-satunya barangan kemas yang telah ditemui dalam rompakan berani itu.

Rompakan itu adalah yang terbesar yang dilakukan oleh seorang individu dalam tempoh lebih 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Seorang lelaki yang dituduh merancang rompakan itu, Aomar Ait Khedache telah ditangkap selepas asid deoksiribonukleik (DNA) ditemui di tempat kejadian.

Khedache memberitahu para penyiasat mencari seorang pembeli untuk cincin berlian Lorraine Schwartz dengan menyatakan hasil rompakan itu mudah untuk dikenal pasti dan telah menyerahkannya kepada pihak ketiga. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!