Bomba temui buku manual kereta dalam laut

Operasi pencarian oleh polis marin dan bomba masih dijalankan.
Operasi pencarian oleh polis marin dan bomba masih dijalankan.
A
A
A

GEORGETOWN - Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pencarian bagi mengesan lokasi kereta yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, maklumat awal yang diperolehi, kereta yang terjatuh itu jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.

Menurutnya, buku manual yang dijumpai dalam pencarian itu belum dipastikan sama ada ia milik kenderaan tersebut atau sebaliknya.

"Pada masa ini, bomba yang dibantu polis marin sedang mencari di sekitar Kilometer 4.0 dengan radius 50 kaki.

"Dan kesukaran yang dihadapi pada masa ini adalah arus deras," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, sebuah kereta terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jambatan Pulau Pinang.

Kemalangan itu berlaku dari arah pulau menghala ke seberang pada jam 2.45 pagi tadi.

Menurut bomba, dua buah kenderaan terlibat yang mana, sebuah kereta Toyota Vios remuk dan pemandunya yang berusia 20-an cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Artikel Berkaitan:

Maklumat dari orang awam mengatakan, ada sebuah kereta lain telah terjunam ke dalam laut dan usaha pencarian masih diteruskan sehingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terjunam ke laut selepas kemalangan]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!