30 rumah dilanda banjir kilat
JOHOR BAHRU - Sebanyak 30 buah rumah penduduk di Taman Johor Jaya di sini ditenggelami air sehingga paras satu meter berikutan banjir kilat yang berlaku petang tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.
Katanya, lapan anggota bomba bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian bagi membantu penduduk yang terjejas.
"Bomba membuat pemantauan dan tiada pemindahan mangsa dilakukan.
"Operasi pemantauan ditamatkan pada jam 6.25 petang selepas paras air mula surut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!