Suami isteri bunuh orang gaji bawah umur

Hassan Siddiqui (tengah) ditahan polis dan berdepan tuduhan membunuh. - Foto: Agensi
Hassan Siddiqui (tengah) ditahan polis dan berdepan tuduhan membunuh. - Foto: Agensi
A
A
A

LAHORE - Sepasang suami isteri di Pakistan dituduh membunuh seorang pembantu rumah berusia tujuh tahun selepas menuduh mangsa sengaja melepaskan beberapa burung peliharaan kesayangan mereka dari kurungan.

Hassan Siddiqui dan isterinya dituduh menyeksa Zohra Bibi di rumah mereka di Rawalpindi.

“Budak perempuan malang itu didera selepas dituduh melepaskan empat ekor burung kakaktua spesies Macau.

“Siddiqui menendang bahagian bawah abdomen sehingga membawa kematian mangsa,” kata pegawai penyiasat, Mukhtar Ahmad.

Zohra dibawa ke hospital pada Ahad lalu oleh pasangan terbabit tetapi meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kakitangan hospital yang menyedari mangsa didera telah membuat laporan polis.

Jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarganya yang menetap di Muzaffargagh kira-kira 500 kilometer dari Rawalpindi.

Faktor kemiskinan memaksa kira-kira 8.5 juta orang termasuk kanak-kanak bekerja sebagai pembantu rumah di Pakistan.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan pembantu rumah terutamanya kanak-kanak berdepan penindasan dan keganasan termasuk serangan seksual oleh majikan.

Secara teorinya, mengaji pembantu rumah berusia bawah 15 tahun adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Pakistan.

Namun ia menjadi amalan biasa di negara terbabit. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!