Sidang media keputusan mesyuarat Bersatu dibuat esok
KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berakhir tenang selepas berlangsung selama kira-kira tiga jam malam tadi.
Semua pemimpin meninggalkan lokasi mesyuarat kira-kira jam 11.30 malam.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, mesyuarat itu tidak membincangkan tentang menyertai UMNO.
"Mesyuarat berjalan dengan cukup baik dan alhamdulillah. Semua bagi sokongan kepada perdana menteri, presiden merangkap parti. Suasana mesyuarat baik. Mereka yang keluar tadi mungkin ada hal.
"Tak bincang soal sertai UMNO,"katanya ditemui media selepas mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata satu sidang media akan dibuat esok.
Bagaimanapun perincian sidang media berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!