Bayi terperangkap dalam kereta

Anggota bomba menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta yang terkunci.
Anggota bomba menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta yang terkunci.
A
A
A

KULIM - Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan terperangkap dalam kereta ketika ibunya sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Lunas pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 8.24 pagi.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati mangsa telah terkunci di dalam kereta jenis Toyota Corolla ketika ibunya sedang mengisi petrol.

Seorang bayi terperangkap dalam kereta ketika ibunya sedang mengisi petrol.
Seorang bayi terperangkap dalam kereta ketika ibunya sedang mengisi petrol.

"Anggota menggunakan peralatan khas bagi membolehkan pintu kereta dibuka dan bertindak pantas mengeluarkan mangsa dari kereta.

"Alhamdulillah, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, operasi menyelamat oleh tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim tamat pada jam 8.37 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!