Lelaki ditahan bersama dadah, wang lebih RM10,000

A
A
A

LANGAKWI - Seorang lelaki ditahan polis bersama dadah dan wang lebih RM10,000 dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di Kampung Darat Benta, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki tersebut ditahan pada jam 3.51 pagi dan dalam serbuan itu polis menemui dua peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin.

"Berat dadah berkenaan dianggarkan sebanyak 17.25 gram dan turut ditemui dadah jenis syabu seberat 13.75 gram. Polis juga merampas dan menyita wang sebanyak RM10,600 milik suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah narkotik ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 dan direman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!