Kes gaduh adik beradik: Polis siasat punca kematian

Abd Rozak
Abd Rozak
A
A
A

PASIR PUTEH - Polis akan menjalankan siasatan rapi dengan mengambil kira keputusan bedah siasat mayat bagi mengesahkan punca sebenar kematian pemuda di sebuah kampung di Gaal, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Daerah, Deputi Superintenden Abd Rozak Mohamad berkata, polis menerima laporan seorang penduduk yang mengatakan anaknya meninggal dunia selepas bergaduh dengan adik kandung sendiri.

Katanya, selepas pergaduhan, abang yang berusia 41 tahun itu dibawa ke Hospital Tengku Anis sebelum dibawa pulang semula ke rumah.

"Adiknya yang berusia 33 tahun menghilangkan diri selepas abangnya disahkan meninggal dunia di rumah awal pagi tadi," katanya.

"Kesan calar pada bahagian kening mayat tidak serius dan lazimnya tidak membawa kepada kematian, sebab itulah kita belum mengesahkan puncanya.

"Lagipun si mati sakit sejak 20 tahun lalu dengan menghidap HIV dan tibi, kita tidak tahu kematian berpunca dari pergaduhan atau faktor kesihatan dia sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!