Tiga restoran diarah tutup

Keadaan premis restoran yang diperiksa DBKL di sekitar Jalan Genting Klang semalam.
Keadaan premis restoran yang diperiksa DBKL di sekitar Jalan Genting Klang semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lantai dinding kotor, berdaki hitam serta licin malah terdapat hurungan lipas. Itu antara kesalahan dikesan di tiga premis restoran dalam pemeriksaan rutin yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Genting Klang.

Unit Media DBKL memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu melaksanakan pemeriksaan arahan pematuhan premis makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam premis di Parlimen Setiawangsa, semalam.

"Hasil pemeriksaan, tiga daripadanya diarahkan tutup berikutan pengendali premis didapati tiada suntikan tyhpoid, tidak menggunakan produk biodegradasi, menggunakan lorong belakang premis untuk aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan tidak memasang alat perangkap minyak.

"Arahan penutupan berkuat kuasa semalam bagi kerja-kerja pembersihan," menurut kenyataan itu.

Anggota penguat kuasa DBKL menyita barangan milik warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara pagi tadi.
Anggota penguat kuasa DBKL menyita barangan milik warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara pagi tadi.

Kenyataan itu memaklumkan, pengusaha premis terlibat dikenakan kompaun di bawah UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK 17(1)(b) UUK Pengendali Makanan 1979.

Kenyataan itu turut memaklumkan, semua premis yang dilawati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, DBKL terus membuat pemantauan serta menggempur penjaja warga asing yang masih berdegil dengan menjalankan aktiviti menjaja di kawasan Pusat Bandar Utara.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi kira-kira jam 8.30 pagi tadi, DBKL bertindak menyita dan mengeluarkan kompaun kepada penjaja bukan warganegara yang menjalankan aktiviti di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara manakala seorang pelesen diberikan notis di bawah kesalahan Seksyen UUK 3 dan Seksyen 20(1)(b) kerana menggajikan pekerja bukan warga negara.

"Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL ini akan diteruskan di sekitar kawasan ini bagi memastikan aktiviti oleh bukan warganegara serta penggunaan tenaga kerja bukan warganegara ini tidak berkembang," menurut kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!