Internet 1GB percuma sehingga hujung tahun: PM
SHAH ALAM - Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti 1GB secara percuma setiap hari.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan tersebut diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.
Menurutnya, perkhidmatan Internet percuma itu akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.
“Semua pengguna dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan serta aplikasi Covid-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial, hari ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!