Malaysia Baharu begitu celaru!

No Image Caption
A
A
A

GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman dan guaman termasuk seorang menteri menari bersama dalam satu majlis makan malam merupakan tidak wajar.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata perkara ini sangat janggal apabila dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Katanya, kejanggalan teramat sangat apabila orang yang dianggap sebagai payung keadilan meletakkan diri mereka ditempat yang sangat sensitif buat majoriti rakyat.

"Wajah Malaysia Baharu dilihat begitu celaru dari segi sosial dan budaya apatah lagi agama," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video tarian hakim, menteri cetus kebimbangan badan kehakiman]

Sabri berkata, walaupun ada pihak cuba untuk mempertahankan isu tarian yang tular di khalayak umum, namun turut membuatkan tahap kebolehpercayaan serta kewibawaan terhadap institusi kehakiman ini semakin terjejas.

"Tindakan ini melibatkan soal integriti badan kehakiman dan seharusnya ia dipelihara dengan sebaik mungkin,"

Terdahulu Sinar Harian memaparkan berita berkaitan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman dan guaman yang menari dalam satu majlis makan makan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!