'Penunggang basikal mabuk di Vietnam pun kena tindakan'

Mohd Nadzri dalam Sinar Live bertajuk 'Pemandu Mabuk: Mandatori tiada kompromi di Studio Sinar Harian semalam.
Mohd Nadzri dalam Sinar Live bertajuk 'Pemandu Mabuk: Mandatori tiada kompromi di Studio Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia perlu mengambil contoh Vietnam yang menetapkan individu yang mengambil kandungan alkohol tinggi akan dikenakan tindakan tegas walaupun hanya menunggang basikal.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, ini tindakan yang kita perlu lihat dengan serius kerana usaha terbabit dapat membendung pemandu mabuk terlibat dalam risiko kemalangan.

"Di negara mereka jika ada yang ambil alkohol tanpa mengira bacaannya sudah menjadi kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.

"Jika pemandu mengambil alkohol dalam kandungan tinggi, maka akan dikenakan hukuman denda dan lesen mereka digantung dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Siaran Langsung Sinar Live bertajuk 'Pemandu Mabuk: Mandatori tiada kompromi dikendalikan moderator, Haslina Kamaludin di Studio Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Nadzri dalam temubual itu turut menasihatkan masyarakat menjadikan pelaksanaan undang-undang di negara jiran itu sebagai iktibar bahawa usaha mereka membendung pemandu mabuk turut dipuji.

"Di Malaysia kalau bacaan lebih 80 miligram baru kita ambil tindakan dan ia menyalahi undang-undang namun melalui kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu diambil kira dengan menetapkan bacaan tidak melebihi 50 miligram bagi pemandu mabuk," katanya.

Menurutnya, negara seperti Belanda, New Zealand dan Thailand menetapkan kandungan alkohol tidak boleh melebihi 30 miligram.

Artikel Berkaitan:

"Maka di sini ia menjadi kepentingan semua pihak bahawa kandungan alkohol dalam badan individu itu jika melebihi 40 miligram akan berisiko melibatkan kemalangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!