Dua premis ternakan ayam punca gangguan bau, lalat

Premis ternakan ayam yang disyaki menjadi punca kacau ganggu bau dan lalat di Gumut Tambahan, Kalumpang di sini.
Premis ternakan ayam yang disyaki menjadi punca kacau ganggu bau dan lalat di Gumut Tambahan, Kalumpang di sini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Dua premis ternakan ayam dikenalpasti menjadi punca masalah kacau ganggu bau dan lalat yang membelenggu penduduk Gumut Tambahan, Kalumpang di sini.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan di ladang ternakan ayam berdekatan kawasan berkenaan pada Selasa lalu bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi penduduk.

Menurutnya, kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDHS dan anggota Jabatan Penguatkuasa menumpukan ladang ternakan ayam yang diusahakan secara besar-besaran.

"Terdapat dua premis disyaki menjadi punca masalah lalat yang membelenggu kehidupan penduduk di sekitar kawasan ini. Satu premis menjalankan aktiviti memproses pengeluaran telur ayam dan satu lagi menjalankan aktiviti ternakan ayam daging.

"Siasatan awal dijalankan di premis menjalankan aktiviti memproses pengeluaran telur ayam mendapati terdapat bau sisa tinja ayam yang kuat bermula dari pintu masuk premis dan sekitar kawasan," katanya.

Hasil pemeriksaan MDHS mendapati aktiviti pengeringan sisa tinja untuk dijadikan baja didapati dalam keadaan terbiar dan tidak dikawal dengan baik.
Hasil pemeriksaan MDHS mendapati aktiviti pengeringan sisa tinja untuk dijadikan baja didapati dalam keadaan terbiar dan tidak dikawal dengan baik.

Menurut MDHS, semasa siasatan dijalankan, terdapat satu blok bahagian menjalankan aktiviti pengeringan sisa tinja menggunakan jentera pengering untuk dijadikan baja didapati dalam keadaan terbiar dan tidak dikawal dengan kaedah yang baik.

Katanya, siasatan di premis lain mendapati terdapat banyak lalat di sekitar kawasan dalam premis.

Artikel Berkaitan:

"Pengusaha premis terbabit disyaki tidak melaksanakan kawalan lalat yang berkesan. Hasil pemakluman aktiviti semburan dijalankan setiap tiga hari.

"Sehubungan itu, MDHS mengeluarkan notis menghendaki kacau ganggu dihapuskan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Seksyen 82) dalam tempoh tujuh hari bagi memastikan pihak premis mengambil tindakan terhadap kacau ganggu lalat di kawasan sekitar," kata kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!