Penerbangan ihsan TUDM bawa dua bayi sakit jantung
SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi yang mengalami masalah jantung bagi memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).
Nick Ahmad Shah berusia 11 hari dan Muhamad Akid Aqil, 2 bulan yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari 22 Skuadron.
Penerbangan diketuai Kapten Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dan pembantu juruterbang, Kapten Muhd Izwan Noor Azman serta dibantu enam orang anak kapal.
Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching tiba kira-kira jam 6.50 pagi tadi dan tiba di Pangkalan Udara Subang sebelum dibawa dibawa ke IJN, Kuala Lumpur dengan diiringi pegawai dan petugas perubatan dari HUS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!