46 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 46 pengunjung masing-masing dikompaun RM1,000 gara-gara berkunjung di sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan itu dilakukan pihaknya kira-kira jam 8.45 malam.

"Pengunjung terbabit terdiri daripada 31 lelaki dan 15 wanita warga tempatan telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Tindakan kompaun RM1,000 kemudian telah dikenakan terhadap kesemua individu terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.

Tambahnya, dalam perkembangan lain lapan lelaki warga asing berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun ditahan kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63 yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun kerana disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah.

Justeru, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sekiranya gagal, mereka akan dikenakan tindakan di bawah peraturan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!