Sindiket penyeludupan migran tumpas
KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan migran dan rentas antarabangsa susulan penangkapan 11 individu dipercayai dalang aktiviti itu semalam.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata, kejayaan itu hasil risikan selama sebulan yang dijalankan polis Pahang dengan kerjasama Bukit Aman menerusi Operasi Benteng Covid-19 (Op Benteng Covid19) 2020.
Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di tiga daerah membabitkan Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Temerloh.
"Mereka adalah tekong kepada aktiviti penyeludupan manusia.
"Berdasarkan tangkapan ini kita telah berjaya melumpuhkan aktiviti mereka dan akan meneruskan lagi siasatan lanjut dalam usaha memerangi aktiviti permerdagangan manusia habis-habisan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Abd Jalil berkata. pihaknya akan meneruskan siasatan sama ada mereka mempunyai rangkaian di Pahang.
Tangkapan dibuat di bawah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!