Individu mengaku pemilik Kerajaan Malaysia dibebaskan

Arshad Abu
Arshad Abu
A
A
A

MELAKA - Individu yang mendakwa dirinya pemilik Kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman 13 Januari lalu bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, individu yang berusia 46 tahun itu dibebaskan selama sebulan bersama seorang penjamin yang juga bapa mertua suspek.

“Suspek dilepaskan hari ini memandangkan kertas siasatan masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini. Kes ini akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Individu terbabit, pada 13 Januari lalu mengadakan sidang media di sebuah inap desa di Sungai Rambai dengan mendakwa dia memiliki seluruh kekayaan negara ini serta mempunyai kepentingan di beberapa negara lain di dunia.

[ARTIKEL BERKAITAN:Polis tahan individu mengaku] pemilik Kerajaan Malaysia]

Malah, dia turut mendakwa mempunyai harta kekayaan dan wang trilion dolar di beberapa negara termasuk Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan polis merakam percakapan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!