RM6,000 taruhan PUBG Legend Parit Buntar
BERITA baik buat peminat e-sukan khususnya Player Unknown Battle Ground (PUBG) di mana buat pertama kalinya Pertandingan PUBG Legend bakal berlangsung di Mydin Parit Buntar pada 26 dan 27 Januari ini.
Penganjuran kejohanan PUBG Legend Parit Buntar 2019 yang pertama kali diadakan di bandar itu bertujuan menarik lebih ramai belia bagi mengetengahkan bakat mereka dalam e-sukan sekali gus merebut hadiah keseluruhan bernilai RM6,000.
Penganjur, Iylia Syafrina Azmi berkata, permainan digital tembak menembak itu dipilih kerana ia merupakan permainan paling trending dan popular ketika ini.
"Kami menyasarkan penyertaan 100 squad atau 400 peserta. Penyertaan dibuka kepada sesiapa sahaja, tiada had umur.
"Dengan minat dan sokongan terhadap insdustri e-sukan ini, saya berharap supaya aktiviti seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.
Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam Pertandingan PUBG Legend Parit Buntar 2019, penyertaan dibuka sehingga 25 Januari. Sebarang maklumat lanjut boleh ke laman Facebook Clash of Gadgets.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!