Liverpool tak mampu beli Werner, Havertz

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

LIVERPOOL memberikan bayangan tidak akan mendapatkan penyerang RB Leipzig, Timo Werner dan pemain tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp berkata, pandemik Covid-19 yang melanda memberikan kesan kepada kewangan pasukan dan berkemungkinan Liverpool tidak akan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baharu.

"Ada ramai pemain bagus di planet ini.Werner dan Havertz adalah pemain yang hebat. Tetapi kami harus melihat semua sudut iaitu masa yang tepat dan peluang yang ada.

"Enam, tujuh minggu yang lalu, kami tidak tahu adakah kami dapat bermain lagi tahun ini. Sekiranya kami tidak bermain musim ini, kami akan berfikir, bila masanya kami boleh memulakan liga?

"Sekiranya anda ingin melihat dengan serius dan menjalankan perniagaan normal, kelab tidak tahu berapa banyak pendapatan yang akan diperolehi terutamanya kerana kita tidak tahu bila kita boleh mula bermain dengan penonton lagi.

"Pada masa ini, semua kelab kehilangan wang. Tanpa penonton, kami harus membayar balik tiket bermusim dan mungkin tidak akan menjualnya pada tahun depan. Sekurang-kurangnya mungkin tanpa 10 atau 15 perlawanan pertama. Kawasan VIP tidak akan dipenuhi dan tiket tidak akan dijual. Ini akan memberi kesan kepada rakan kongsi lain.

"Membincangkan dengan pemain mengenai perkara-perkara seperti pemotongan gaji dan sebaliknya membeli pemain dengan harga yang mahal. Kami perlukan penjelasan untuk melakukannya," katanya.

Sebelum ini, Liverpool dikaitkan dengan Werner dan Havertz untuk menyertai kelab itu bagi saingan musim depan.

Artikel Berkaitan:

Namun, Liverpool tidak memulakan langkah untuk mendapatkan mereka sekali gus dilaporkan Chelsea bakal mendapatkan Werner selain Havertz berkemungkinan akan menyertai Bayern Munich.

Dalam pada itu, Klopp turut melahirkan kerisauan dan memberikan amaran pandemik Covid-19 ini belum berakhir walaupun saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah boleh bersambung semula 17 Jun ini.

"Kami bertindak seolah-olah semuanya sudah diselesaikan. Ia tidak dapat diselesaikan. Kami menggunakan peluang kecil ini untuk bermain bola sepak lagi," katanya.

Liverpool hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk menamatkan kemarau 30 tahun mereka menjulang trofi EPL.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!