Van der Vaart kritik sikap buruk Ronaldo

Van de Vaart (kiri) mengkritik Ronaldo kerana bersikap pentingkan diri.
Van de Vaart (kiri) mengkritik Ronaldo kerana bersikap pentingkan diri.
A
A
A

BEKAS pemain Real Madrid, Rafael van der Vaart mendedahkan kisah kurang menyenangkan bersama bekas rakan sepasukannya yang juga pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, Ronaldo pernah memarahinya kerana berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan yang menyaksikan Real menang 6-0 ke atas Sporting Gijon pada 2009.

Ketika itu, Ronaldo baru sahaja menyertai Real dengan status pemain termahal dunia dan gagal menjaringkan sebarang gol.

"Saya bermain dengan Ronaldo dan kami mengalahkan Sporting 6-0. Saya berjaya melakukan hatrik.

"Tetapi, Ronaldo terlalu marah kerana dia langsung tidak menjaringkan gol. Dia juga tidak meraikan kemenangan tersebut di bilik persalinan bersama pemain lain.

"Dia sangat marah. Biasanya, jika anda dan saya, kita boleh pergi minum bersama tetapi dengan dia, saya tidak tahu saya boleh berbuat demikian," katanya.

Kenyataan Van der Vaart itu bagaimanapun menimbulkan persoalan kerana satu-satunya hatrik dilakukannya bersama Real adalah pada tahun 2008 ketika Ronaldo masih belum menyertai Real dalam kemenangan 7-1 ke atas Gijon.

Ketika menang ke atas Gijon pada 2009, Van der Vaart hanya menjaringkan satu gol ketika menang 3-1 dan Ronaldo tidak menjaringkan sebarang gol pada perlawanan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Van der Vaart turut menyifatkan Ronaldo memiliki keperibadian yang tidak akan pernah berputus asa dan gembira sehingga dia berjaya menjaringkan gol dan mencapai matlamatnya sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!