Bapa menyamar lihat anak dari jauh
EDINBURGH - Seorang pekerja industri minyak terpaksa menyamar semasa melihat anaknya dari jauh kerana perlu menjalani kuarantin wabak koronavirus (Covid-19) selepas pulang dari Kazakhstan.
Lapor BBC, Eddie Flett, 51, berasal dari Edinburgh diwajibkan menjalani kuarantin di sebuah flat berhampiran rumahnya.
Dia memutuskan menggunakan topeng muka bagi mengelakkan dikenali anak kembarnya yang berusia dua dan tidak datang menghampirinya.
"Saya berdiri di pagar dan menyaksikan mereka bermain di luar rumah.
"Saya juga berbincang dengan isteri supaya membawa Isobel dan Cambell ke taman berdekatan tetapi saya hanya melihat mereka dari jauh sahaja," katanya.
Isterinya, Erica Clinefelter, berkata, 'penjarakan' itu satu mimpi buruk.
Eddie antara 20 pekerja yang dibenarkan pulang ke kampung tetapi perlu menjalani kuarantin selama dua minggu bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!