OPEC setuju lanjut langkah kurangkan pengeluaran minyak

Mesyuarat melalui sidang video yang dipengerusikan Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman al-Saud (kanan) mencapai kesepakatan bersejarah untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei lalu. - Foto AFP
Mesyuarat melalui sidang video yang dipengerusikan Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman al-Saud (kanan) mencapai kesepakatan bersejarah untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei lalu. - Foto AFP
A
A
A

VIENNA - Anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang diketuai Arab Saudi dan pengeluar utama minyak lain semalam mencapai persetujuan untuk melanjutkan langkah bersejarah mengurangkan pengeluaran minyak sehingga bulan depan.

Keputusan itu dibuat selepas harga minyak dilaporkan pulih buat sementara waktu dan kebanyakan negara mula melonggarkan sekatan bagi membendung koronavirus (Covid-19).

OPEC dalam satu kenyataan memaklumkan 13 negara kartel dan sekutu terutamanya Rusia bersetuju untuk melanjutkan tempoh itu selepas persetujuan awal dicapai pada April lalu bagi meningkatkan harga minyak.

“Kesemua negara anggota sepakat dengan pilihan untuk mengurangkan pengeluaran minyak seperti yang dibuat pada Mei dan Jun,” ujarnya.

Di bawah syarat perjanjian pada April lalu, OPEC dan OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei hingga akhir Jun.

Langkah pemotongan itu akan dibuat secara berperingkat bermula Julai kepada 7.7 juta setong sehari sehingga Disember depan.

Sementara itu, Menteri Minyak Algeria, Mohamed Arkab yang memegang jawatan Pengerusi OPEC memberitahu, negara anggota bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 9.6 juta tong sehari pada bulan depan.

Difahamkan, menteri minyak dari negara pengeluar utama akan bertemu setiap bulan untuk menilai perjanjian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mexico menjadi negara tunggal yang membantah langkah melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak terbabit.

“Kami tidak akan mematuhi perjanjian baharu itu kerana hanya mengikuti dan menghormati kesepakatan yang dimeterai pada April lalu,” kata Menteri Tenaga, Rocio Nahl yang mengesahkan telah menyatakan pendirian mereka kepada negara anggota lain sebelum mesyuarat itu bermula kelmarin. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!