Kes pertama Covid-19 IPD Gombak babitkan anak polis

Ibu pesakit yang merupakan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan seorang rakannya berumur 17 dikesan positif Covid-19 hasil saringan dilakukan.
Ibu pesakit yang merupakan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan seorang rakannya berumur 17 dikesan positif Covid-19 hasil saringan dilakukan.
A
A
A

GOMBAK - Kes pertama koronavirus (Covid-19) di Perumahan Polis Gombak melibatkan seorang anak anggota berusia 16 tahun pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, susulan itu, ahli keluarga dan kenalan rapat telah disaring.

Menurutnya, ibu pesakit yang merupakan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan seorang rakannya berumur 17 dikesan positif hasil saringan itu.

"Saringan kontak rapat diteruskan pada 22 Mei lalu dan hampir 200 pegawai dan kakitangan IPD Gombak disaring berkeputusan negatif kecuali seorang sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster baharu di Gombak dikesan

"Proses sanitasi pejabat dan rumah dibuat sejurus selepas itu dan tiada kes dilaporkan positif setakat kelmarin (Sabtu)," katanya.

Beliau memaklumkan, seorang Pegawai Kanan IPD Gombak yang telah bertukar pada 1 Jun dikatakan positif pada saringan kedua.

"Apapun tindakan segera telah diambil dengan melakukan saringan semula kesemua kontak rapat pegawai tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan 12 orang dikuarantin sementara menunggu keputusan.

"Dimaklumkan juga bahawa tiga daripada mereka yang positif sebelum ini telah sembuh dan discaj dari hospital. Manakala dua lagi masih menerima rawatan dan dalam keadaan sihat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, orang ramai yang telah berurusan atau akan berurusan di IPD Gombak atau balai polis Selayang tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu.

"Ini kerana mereka yang positif tidak berurusan dengan pihak awam.

"Proses sanitasi, pemeriksaan suhu, penggunaan hand sanitizer, pemakaian topeng muka serta penjarakan sosial diamalkan di IPD Gombak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!