Negeri lain anjing liar tapi Kelantan lembu jadi masalah

Zuraida (kanan) ditemui selepas Majlis Kunjungan Hormat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, hari ini.
Zuraida (kanan) ditemui selepas Majlis Kunjungan Hormat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Jika negeri lain berdepan isu anjing liar namun lain pula di Kelantan apabila menghadapi masalah lembu berkeliaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan menyelaras jalan penyelesaian kepada isu tersebut di peringkat PBT.

“Mekanisme yang sesuai untuk penjagaan lembu di satu-satu kawasan juga perlu diberi penekanan. Undang-undang sedia ada sudah lama dipraktikkan namun penguatkuasaan perlu dikendalikan dengan lebih menyeluruh.

“Uniknya di Kelantan sebab tiada permintaan untuk menyelesaikan masalah lembu berkeliaran di negeri lain,” katanya selepas kunjungan hormat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, hari ini.

Menurutnya, walaupun unik namun ia adalah salah satu isu berat dan tidak boleh dipandang ringan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!