Tangisan bayi bertali pusat di subuh hari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan pintu pagar sebuah rumah anak yatim di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, bayi itu ditemui seorang wanita yang sedang menyidai kain di halaman rumahnya tidak jauh dari Pusat Jagaan Anak Yatim Rumah Al Yakin kira-kira 5.40 pagi tadi.

"Wanita itu terdengar bunyi tangisan lalu mencari arah bunyi tersebut dan akhirnya mendapati seorang bayi perempuan dibaluti kain dan diletakkan dalam kotak ditinggalkan di hadapan rumah anak yatim itu.

"Ekoran itu, dia menghubungi pihak polis dan bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) dengan ambulans," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bayi itu seberat 2.65 kg dan tidak mengalami kecederaan, kini dirawat di unit rawatan rapi neonatal HDOK.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-8761342.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!